Lelaki dakwa berjogging adalah scam terbesar untuk lariskan jualan kasut keluaran Yahudi | The Reporter

Lelaki dakwa berjogging adalah scam terbesar untuk lariskan jualan kasut keluaran Yahudi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Berjogging adalah salah satu aktiviti fizikal yang mudah dilakukan, tetapi memberikan banyak manfaat kesihatan. Aktiviti ini membantu menguatkan otot dan tulang, meningkatkan kesihatan jantung, serta membakar kalori yang dapat membantu dalam pengurusan berat badan.

Selain itu, berjogging juga dapat meningkatkan sistem imun tubuh dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit jantung. Dengan hanya memerlukan sepasang kasut dan kawasan lapang, berjogging boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, menjadikannya pilihan yang ideal untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Namun, menurut seorang pengguna TikTok, Saad, aktiviti berjogging ini adalah scam fitnah kesihatan untuk merosakkan kaki.

“Aku nasihatkan kepada korang, jangan berlari, berjogging, sebab ia adalah satu scam yang besar, yang dibuat oleh Yahudi atau syarikat Yahudi. Sebenarnya mereka doktrin kita supaya jogging dan melariskan kasut-kasut yang mereka keluarkan.

“Jangan kena scam. Apa yang terbaik untuk kesihatan adalah berjalan dengan laju. Yahudi ini kerja dia nak merosakkan kehidupan manusia. Kalau korang nak bersukan, naik kuda ke, memanah, berbasikal, berenang atau jalan kaki secara laju, itu semua boleh buat.

“Kalau korang berlari, kaki akan rosak. Korang punya tisu, alignment akan rosak. Jadi berhati-hatilah, ini scam terbesar dalam kehidupan manusia. Kalau pasal kasut mereka boleh scam, apatah lagi kehidupan kita pada hari ini.

“Janganlah terus tertipu dan ditipu. Sebab bila kita berjalan laju, kadar penurunan kalori, berat badan dengan lemak-lemak yang tepu itu lebih cepat membakar, berbanding berlari. Kalau nak lari, boleh lari. Tetapi lari dalam sprinter selama 10 minit sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, ada netizen yang tidak bersetuju dengannya.

“Brisk walk untuk bakar kalori tanpa gain muscle. Sprint untuk kuatkan muscle. Long run untuk endurance. Bukan ke lain objektif tu bang? Tak kisahlah guna kasut apa, mentaliti pun,” kata Sayed Putera.

Membalas komen tersebut, Saad berkata terpulang dan mengikut mazha masing-masing.

Related Posts