Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki warganegara Bangladesh maut ditetak oleh rakannya di sebuah flat di pusat bandar Kluang, Johor.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Mohammad Sobuj dipercayai dibunuh oleh rakan senegaranya kerana dikatakan mengganggu suspek yang juga rakan sebiliknya yang mahu tidur.
Selepas kejadian itu, suspek dikatakan melarikan diri namun berjaya ditangkap ditangkap di Jalan Nyior dekat Taman Gunung Selatan Empat pada 4.45 petang semalam.
Kejadian itu dilaporkan oleh rakan serumah mereka yang menemui mangsa dalam keadaan parah pada 10 pagi tadi.
“Mangsa luka di bahagian leher sebelah kiri dan kepala. Mayatnya dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang dibedah siasat,” katanya.
Susulan itu, polis merampas pisau pemotong daging yang ditemui di tempat kejadian manakala, empat rakan senegara mangsa yang lain turut ditahan untuk membantu siasatan.
“Tangkapan pertama hingga keempat yang berusia 25 hingga 30 tahun menyedari mangsa sudah mati kira-kira 8 pagi ketika mahu ke tempat kerja. Ujian air kencing mereka negatif dadah dan akan direman esok,” katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro