'Layanan penjara di Narathiwat sangat baik' - Konsul Jeneral Malaysia | The Reporter

‘Layanan penjara di Narathiwat sangat baik’ – Konsul Jeneral Malaysia

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi memaklumkan layanan penjara terhadap semua banduan di Penjara Narathiwat termasuk banduan Malaysia yang beragama Islam sangat baik.

Katanya, kemudahan seperti makanan halal dan tempat solat disediakan di penjara berkenaan.

Dalam kunjungan beliau ke penjara berkenaan bagi meninjau keadaan dan layanan di sana, beliau turut berjumpa dengan banduan Malaysia dan mendapati keadaan mereka sihat dan baik.

Sementara itu, Ahmad Fahmi juga memaklumkan isu berkenaan sekumpulan warga Malaysia termasuk penyanyi wanita dari Kelantan yang ditahan baru-baru ini. Jelasnya, siasatan pihak Thailand berhubung isu tersebut masih dijalankan.

Dalam pada itu, Menteri Keadilan Thailand Tawee Sodsong berkata lawatan itu diadakan untuk memberi peluang kepada wakil Malaysia melihat sendiri sistem keadilan Thailand dan layanan terhadap banduan yang sedang menjalani hukuman.

“Kami membenarkan setiap banduan untuk bertemu dengan 10 orang waris, sama ada secara dalam talian atau bersemuka, selama 15 minit,” katanya.

Tawee turut memaklumkan bahawa Penjara Narathiwat kini menempatkan 2,860 banduan, dengan 95 peratus daripadanya adalah banduan Muslim, manakala 85 peratus kes melibatkan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Sumber: Harian Metro

Related Posts