Lagu 'Bukit Mak', netizen gesa pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap Namewee - The Reporter

Lagu ‘Bukit Mak’, netizen gesa pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap Namewee

Pengarah dan penyanyi sensasi, Namewee, sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan lagu barunya berjudul ‘Bukit Mak’ yang dipercayai membawa maksud tidak baik.

Lagu tersebut bukan sahaja membangkitkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat, malah memalukan Malaysia yang terkenal dengan adab budaya yang sopan apabila bertutur kata.

Lagu tersebut yang dinyanyikan oleh Namewee bersalah pelawak, Harith Iskander, di hadapan sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, telah menjadi tular di media sosial dengan meraih banyak kritikan negatif.

Tinjauan di ruang komen Facebook Namewee mendapati, rakyat pelbagai kaum menyifatkan lagu ‘Bukit Mak’ itu sebagai satu karya sampah. Dalam masa sama, netizen turut kecewa dengan Harith Iskander yang sanggup menjatuhkan ‘standard’ sendiri untuk terlibat dalam lagu tersebut.

Apa yang menimbulkan kontroversi dalam lagu tersebut adalah, penggunaan perkataan ‘Bukit Mak’ dalam lirik lagi. Walaupun nama tempat ‘Bukit Mak’ itu wujud di Kelantan, tetapi dalam konteks lagu ini, perkataan tersebut kedengaran sepert bahasa kesat atau lucah.

Justeru, netizen menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap dua individu berkenaan dan menyekat lagu tersebut agar tidak terus diperdengarkan di mana-mana platform yang dikhuatiri boleh mengundang kemarahan ramai.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!