Lagi kes termakan makanan beracun, remaja dilapor pengsan - The Reporter

Lagi kes termakan makanan beracun, remaja dilapor pengsan

Sumber Gambar: Astro Awani,Berita Harian

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporan pengsan selepas termakan biskut yang dicampur racun di sebuah kebun pisang di Kampung Air Puteh, Kemaman, kelmarin.

Mangsa, Mohd Daynail Haikal Alias, terpaksa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Air Puteh sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Bapa mangsa, Alias Saras, mengesahkan kejadian menimpa anak keempat daripada lima beradik itu.

“Isteri saya, Roslina Ahmad, ada menghubungi dan memaklumkan anak pengsan selepas termakan makanan beracun itu.

“Syukur anak saya semakin pulih… saya harap dia cepat sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital,” katanya.

Bercerita langsung mengenai insiden kejadian, Alias berkata Ketika kejadian anaknya bersama seorang rakan dalam perjalanan untuk memancing.

Katanya, berkemungkinan semasa melalui sebuah kebun pisang dan kelapa yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah, anaknya termakan makanan itu.

Alias berkata, sebelum kejadian, anaknya bersama seorang rakan dalam perjalanan untuk memancing.

“Makanan itu mungkin tergantung di situ di atas sebatang kayu bagi tujuan menghalau kera dan monyet di kebun,” katanya.

Terdahulu, dua beradik Muhammad Akil Syauqi dan Muhammad Luth Syauqi masing-masing berusia tiga dan dua tahun maut selepas termakan makanan ringan dipercayai mengandungi racun tikus di Kulim, Kedah.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!