Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menjadualkan semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya dilaksanakan di luar musim tengkujuh.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya mengambil maklum mengenai cabaran yang dihadapi calon-calon SPM akibat jadual peperiksaan pada hujung tahun, terutama ketika musim cuaca buruk dan banjir.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina menafikan dakwaan seorang bekas guru yang tular di media sosial, yang mendakwa ada calon SPM terpaksa tidur di surau kerana asrama dan khemah telah penuh. Menurutnya, semua calon telah dipindahkan ke asrama yang lebih baik dan kondusif semasa proses pemindahan pada Ahad lalu.
Beliau turut memaklumkan bahawa calon dari negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, Pahang, dan Negeri Sembilan telah dipindahkan ke lokasi selamat. Calon yang tidak dapat pulang ke negeri masing-masing juga diberi kebenaran untuk menduduki peperiksaan di pusat berhampiran lokasi semasa mereka berada.
Peperiksaan SPM 2024 dimulakan pada Isnin dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu, melibatkan lebih 5,000 calon yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.
Sumber: Sinar Harian








