Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil tindakan tegas terhadap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Port Dickson, susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di kawasan sekolah itu pada Jumaat lalu.
Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata tindakan sewajarnya akan diambil selepas pihak kementerian menerima laporan penuh hasil siasatan berhubung kes tersebut.
“Kita sedang menunggu siasatan penuh dan saya tegaskan di sini, sebaik sahaja kita mendapatkan laporan berkenaan, tindakan akan diambil berdasarkan hasil siasatan,” katanya.
Baca juga:
- Pelajar UM maut kemalangan: Bapa rayu saksi kongsi video kejadian
- Mangsa kebakaran Putra Heights syukur terima rumah, tapi dakwa janji tak ditepati?
- Kru kabin AirAsia kini dibenarkan berhijab
Menurut beliau, isu berkait pemasangan bendera telah diingatkan berulang kali.
“Masalah sama tidak sepatutnya berlaku. Saya sentiasa mengingatkan dari sudut sensitiviti, tanggungjawab dan komitmen berhubung Jalur Gemilang, terutama ketika kita menuju Hari Kebangsaan.
“Kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku. Kita akan ambil tindakan tegas dalam soal kesalahan mempamer Jalur Gemilang ini,” katanya lagi.
Terdahulu, sekolah berkenaan tular di media sosial selepas gambar bendera dipasang secara terbalik mengundang kritikan ramai. Susulan itu, pihak sekolah tampil mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.
Sumber: Harian Metro








