Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk terhadap dakwaan bahawa kerja pengorekan tanah di rizab milik Petronas menjadi punca kebakaran saluran paip gas sepanjang 500 meter di Jalan Putra Harmoni, Putra Height, kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dimulakan selepas kerja-kerja menyelamat dan pemadaman selesai sepenuhnya.
“Kita terima semua maklumat termasuk dakwaan berlakunya kerja korek tanah di kawasan tersebut. Jika benar, kita mahu tahu siapa yang bertanggungjawab melakukan kerja tersebut,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Mengulas lanjut, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan kontraktor terlibat sedang dikenal pasti untuk diambil keterangan.
- TH sambut baik keputusan kerajaan untuk dedah laporan RCI kepada umum
- SPRM tumpaskan sindiket godam MyIMMs, 12 individu ditahan
- Shafie Apdal dipenjara lima minggu kerana hina mahkamah
- Anak Aminuddin nafi dakwaan Tok Mat dihalau dari kediaman rasmi
- Amira Othman tak tarik laporan, mahu kesan ‘Musang Berjanggut’
“Kita juga akan rujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk semak sama ada sebarang permit kerja telah dikeluarkan atau tidak. Siasatan masih berjalan dan kontraktor pasti akan dipanggil,” katanya.
Tambahnya, polis turut mengambil keterangan daripada mangsa yang dirawat di hospital dan akan meneruskan proses itu dengan mangsa yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Sebelum ini, tular dakwaan penduduk yang mendakwa kerja pengorekan dilakukan di kawasan kejadian dan dipercayai menjadi punca berlakunya letupan serta kebakaran paip gas tersebut.








