'Konsep kita nak adalah makanan simple, boleh relate dengan orang ramai' - Khairul Aming kongsi proses develop produk kedua, buat ramai kagum - The Reporter

‘Konsep kita nak adalah makanan simple, boleh relate dengan orang ramai’ – Khairul Aming kongsi proses develop produk kedua, buat ramai kagum

Khairul Aming, seorang pencipta kandungan yang terkenal, akan melancarkan produk keduanya, Dendeng Nyet Berapi, secara eksklusif melalui TikTok Shop pada 2 Februari 2024.

Produk ini akan dijual pada harga RM14.99 setiap satu, dengan 80,000 unit yang akan dijual pada jualan pengenalan. Khairul Aming juga menyasarkan produk baharunya itu akan menjadi produk pertama tempatan yang mencapai jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop hari ini.

@khairulaming

Sebelum launching esok, i want to share with you guys journey kita develop Dendeng Nyet Berapi dari setahun lepas. Bermula dengan R&D resipi, pembelian mesin, product design, packaging material, factory renovation, machine test run, coaching, production kickoff, photoshoot, videoshoot, live setup dan sebagainya. Nak buat sesuatu produk memerlukan r&d yang sangat teliti untuk pastikan semua proses berjalan lancar. Thanks to my team, suppliers, vendors and everyone yang terlibat dalam produk kedua ni. We got a big day tomorrow, jumpa you guys esok! 🥹 #MYSuperBrandDayKhairulAming #TikTokShopSuperBrandDayMY

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Terima feedback & improve resepi

Menurut perkongsian Khairul Aming di platform X, perjalanan membangunkan produk ini bermula sejak setahun yang lalu, dengan pemilihan resepi sebagai langkah pertama.

Melalui proses R&D, mereka telah mencuba dan memperbaiki resepi berdasarkan maklum balas yang diterima dari orang ramai. Selepas itu, memilih mesin yang sesuai untuk memastikan proses pengeluaran berjalan dengan efisyen.

“Sebelum kita launch Dendeng esok, hari ini aku nak kongsi journey kita develop Dendeng Nyet Berapi ini dari setahun yang lalu. Bermula dengan pemilihan resepi, beli mesin, renovation, manufacturing dan sebagainya.

“First, pemilihan resepi. Resepi mana yang paling okay untuk Dendeng? Banyak kali kita cuba tukar itu ini, salah satu proses Research and Development (RND) yang kita buat ialah tahun lepas, kita buat satu menu dendeng untuk bulan puasa tahun lalu. Kemudian kita minta orang ramai cuba.

“Alhamdulillah feedback yang diterima adalah sangat bagus. Dan daripada situlah kita ambil feedback untuk developkan resepi dan perfectkan lagi. So resepi yang korang rasa dalam dendeng itu nanti tak sama yang sebelum ini. Kita dah improve banyak berbanding dulu.”

Design simple

Selain itu, mereka juga memberi perhatian kepada reka bentuk produk dan memilih warna yang terang serta reka bentuk yang mudah untuk packaging, dengan harapan orang akan mengenalinya sebagai produk Khairul Aming.

“Bila produk dah siap, next kita kena buat product design. Kita kena shoot (gambar) dendeng itu dulu untuk design kita punya packaging. Aku nak design yang simple, yang orang tengok daripada jauh tu macam, “Eh? Itu dendeng Khairul Aming ke?” Haa, itu yang kita nak.

“So aku pilih warna yang sangat terang, warna kuning. Kemudian kita buat packaging yang sangat simple. Tapi orang tengok pun dah tahu itu dendeng. Yang paling penting, produk itu kena selari dengan design yang kita pilih untuk Sambal Nyet Berapi. Sebab kedua-duanya daripada brand yang sama.”

Try and error, coaching staff

Setelah mesin dipasang, mereka mula menguji mesin dan melatih kakitangan tentang cara memasak dendeng. Walaupun ada beberapa kegagalan pada percubaan awal, mereka berjaya mengatasi masalah tersebut dan memulakan pengeluaran pertama.

“Kita start kick off the machine dan sudah tentu ada yang gagal pada percubaan awal. Dendeng melelehlah, ada yang tak masuk dalam peket,mengembang dan bocor.

“Okay, bila dah selesai semua itu, next aku kena coaching staff cara nak masak dendeng. Aku kena ajar mereka dari mula, macam mana nak timbang, nak masak, nak potong semua itulah bagi memastikan semuanya selari dengan resepi.

“Bila semua dah settle, kita start dengan production pertama. Sampai ke hari ini Alhamdulillah kita dah produce lebih 100,000 unit. Tapi untuk launching kita jual 80,000 unit.

“Bila dah selesai semua, kita buat photoshoot untuk marketing material. Kita photoshoot gambar dendeng dengan makanan. Konsep yang kita nak adalah makanan yang simple yang boleh relate dengan orang ramai. On top of that, kita juga photoshoot juga postcard nak guna untuk produk nanti. Tapi bukan setakat untuk launching, termasuklah postcard untuk raya dan sampailah ke hujung tahun ini.”

Contoh influencer yang berjaya

Sementara itu, netizen kagum dengan perkongsian itu dan mengatakan Khairul Aming wajar dijadikan sebagai contoh usahawan yang berjaya.

“Ini contoh apabila seseorang itu educated, jadi influencer dan terjun ke dalam dunia bisnes. Setiap step yang dia buat untuk produk itu tersusun dan clear metodologi untuk menjayakan produk itu dalam pasaran. Video pun highly educating dan inspirational,” kata Muhd Jamil.

“Steady! Perancangan tersusun, tip top. Flow explainer pun kemas, mudah faham. Mudah cerita, semuanya simple, tapi senang lekat di kepala viewer. Keep it up Khairul Aming! Bangga ada anak Malaysia seperti ini!” kata Zul Alif.

“This is how to do marketing, bukannya viral buat benda-benda tak senonoh dan lepas tu launching produk,” kata Amri Shafie.

Sumber: X Khairul Aming

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!