'Konflik Gaza - Israel, jejaskan tumpuan dunia pada Ukraine' - Presiden Volodymyr Zelensky - The Reporter

‘Konflik Gaza – Israel, jejaskan tumpuan dunia pada Ukraine’ – Presiden Volodymyr Zelensky

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyuarakan kebimbangannya pada Sabtu lalu bahawa perang yang berterusan di antara Hamas dan Israel di Asia Barat telah mengalihkan fokus dunia daripada perang yang sedang berlaku di Ukraine.

“Sudah tentu, jelas bahawa perang di Timur Tengah, konflik ini, telah menghilangkan fokus (dunia pada Ukraine),” katanya.

Menurut Zelensky, perkara ini merupakan ‘antara matlamat’ Rusia yang melancarkan pencerobohan secara besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Dalam pada itu, parti Republikan menyediakan peruntukan $14.3 bilion sebagai bantuan kepada Israel dan diluluskan oleh Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis lalu, 2 November 2023.

Tindakan itu bertentangan dengan permintaan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, untuk menyediakan peruntukan tambahan untuk Ukraine dan perkara-perkara penting yang lain.

Tentera Ukraine sudah bergelut dengan keletihan dan ketidakpastian mengenai masa depan bantuan ketenteraan Amerika Syarikat.

Sumber: Astro Awani, France 24

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!