KKM nafikan dakwaan ejen insurans kononnya pesakit lambat terima rawatan di Hospital Sultanah Aminah JB - The Reporter

KKM nafikan dakwaan ejen insurans kononnya pesakit lambat terima rawatan di Hospital Sultanah Aminah JB

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) menafikan dakwaan pesakit lambat menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma seperti yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan, Pengarah HSAJB menyatakan pihak mereka telah menjalankan siasat lengkap mengenai isu terbabit.

“Pesakit telah didaftar di JKT pada jam 10.33 malam dan diambil tanda vital di Zon Hijau pada jam 10.45 malam.

“Rawatan awal (splinting) telah diberikan kepada pesakit pada jam 11.00 malam sebelum Pegawai Perubatan melihat pesakit pada jam 3.30 pagi. Susulan itu, pesakit dirujuk kepada Pegawai Perubatan dari Jabatan Ortopedik pada jam 4.10 pagi,” tulisnya.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan pesakit berkenan telah didiagnos dengan kepatahan tulang clavicle (tulang selangka) dan Pegawai Perubatan tersebut telah memberikan rawatan conservative dan pemberian janji temu rawatan susulan.

Terdahulu, seorang wanita yang merupakan ejen insurans mendakwa salah seorang pelanggan majikannya menghadapi masalah dengan perkhidmatan hospital berkenaan. Susulan itu, menerusi ciapan di jaringan X,

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1769185785163690077?s=20

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta wanita berkenaan memberikan maklumat terperinci mengenai pesakit berkenaan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!