Ejen insurans dedah perkhidmatan hospital kerajaan mengecewakan? KKM tampil minta bukti - The Reporter

Ejen insurans dedah perkhidmatan hospital kerajaan mengecewakan? KKM tampil minta bukti

Apabila berkemampuan, ramai yang memilih untuk memiliki insurans (perubatan) untuk kemudahan di kemudian hari. Dengan insurans tersebut juga, individu dapat menikmati pakej perubatan yang istimewa di mana-mana hospital yang terpilih.

Tidak seperti dulu, ejen-ejen insurans kini dilihat semakin bertambah. Pelbagai kata-kata dan ayat yang sesuai digunakan untuk menarik perhatian pelanggan. Tetapi, ayat tersebut perlulah kena dengan situasi yang dimaksudkan.

Namun begitu, satu hantaran tular dari seorang ejen insurans menarik perhatian ramai dan juga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam hantaran tersebut, wanita berkenaan menceritakan situasi yang dialami oleh pelanggan majikannya. Katanya, pelanggan tersebut mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Namun kecewa dengan perkhidmatan di hospital berkenaan.

“Dari 7 malam dia tunggu, esok petang baru dapat turn X-ray. Doktor hanya beri MC dan appointment.

“Client menangis tak boleh tidur sebab sakit. Terus bos arrange client masuk hospital(swasta) lepas polisi aktif. Dalam masa 24 jam, dah settle,” tulisnya.

Susulan itu, pihak KKM meminta wanita berkenaan untuk memberikan maklumat terperinci berhubung isu hospital berkenaan.

Dalam pada itu, netizen menyatakan sebagai seorang ejen insurans tidak sepatutnya mereka cerita untuk menarik perhatian pelanggan dan tidak hanya mendengar daripada cerita orang lain. Bukti yang kukuh perlu ditunjukkan seiring dengan dakwaan yang ditulis.

Bagaimanapun, ejen tersebut menyatakan telah menghantar mesej menerusi jaringan X kepada pihak KKM mengenai isu tersebut.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!