Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang peniaga yang dikenali sebagai Wawa tampil memberi penjelasan selepas insiden gigitan terhadap seorang anggota penguat kuasa wanita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tular di media sosial.
Dalam satu video temubual di TikTok Aizat Ashraf | Info Rakyat, Wawa memohon maaf kepada pihak berkuasa atas tindakannya dan mengakui ketika kejadian dia berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Dia juga menegaskan dirinya adalah peniaga berlesen sejak 2019 dan bukan seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Saya sebenarnya mempunyai lesen berniaga yang sah dari tahun 2019 hingga kini. Saya berniaga di kawasan ini sejak lebih kurang enam tahun lalu,” katanya.
Wawa menjelaskan, ketika operasi itu berlangsung, dia telah meminta budi bicara untuk tidak menyita dan memberi masa untuk mengalihkan kenderaannya kerana kunci dipegang oleh suaminya yang tiada di lokasi tersebut. Namun, sebelum sempat mendapatkan kunci, keadaan menjadi tegang.
- Tular video pelancong kecewa tak dimaklumkan beli burger daging lembu
- ‘Tun yang khianati UMNO’ – Akmal Saleh balas kenyataan Tun Mahathir
- Suami bermadu: Disangka bujang, lelaki dakwa ditipu ‘isteri’ sendiri
- ZUS Coffee buat laporan polis lindungi keselamatan & privasi Zurista
- Anwar terkejut dakwaan Khairy bakal kembali ke Kabinet
“Saya masih merayu kepada mereka untuk tidak menyita kenderaan saya. Ada anggota penguat kuasa yang telah menendang dan menampar saya, tetapi saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Kalau boleh kita nak selesaikan dengan cara baik dan berdamai,” jelasnya.
Bagaimanapun, insiden gigitan yang menjadi tumpuan ramai berlaku ketika dia mendakwa telah ditarik ke tepi oleh penguat kuasa selepas cuba menghalang penyitaan kenderaannya.
“Saya duduk di depan lori supaya kenderaan saya tidak disita. Selepas itu, penguat kuasa berkenaan menarik saya ke tepi dan berlakulah pergelutan. Mereka menampar dan menendang saya, dan disebabkan itulah saya menarik tangan dia dan gigit,” katanya.
Ekoran kejadian itu, Wawa telah ditahan dan direman untuk siasatan lanjut. Jumaat lalu, pihak berkuasa bersetuju Wawa dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 selepas peniaga itu mengaku bersalah.
Walaupun begitu bagi Wawa, sebagai penjawat awam, anggota penguat kuasa tidak seharusnya menggunakan kekerasan semasa menjalankan tugas.
“Di mana etika kerja mereka? Saya pun sedar yang kesalahan saya adalah menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Tetapi, mereka tidak boleh melakukan kekerasan terhadap saya,” ujarnya.
Dalam masa sama, Wawa turut meminta pihak berkuasa memberi pertimbangan kepada peniaga kecil lain yang tidak mempunyai lesen dengan membenarkan mereka berniaga sementara sepanjang bulan Ramadan.
“Mereka terdiri daripada ibu tunggal, perantau yang memerlukan dua kerja untuk menyara kehidupan,” katanya.
Dia turut mendedahkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut tetapi tidak menyatakan tindakan lanjut yang bakal diambil.








