Toby, seekor kucing yang setia, sanggup berjalan sejauh 19 kilometer semata-mata mahu kembali ke pangkuan keluarga yang pernah menjaganya. Namun, sebaik tiba di rumah lamanya, dia bukan saja tidak disambut, malah nyawanya hampir diragut.
Difahamkan, keluarga berkenaan sebelum itu telah menghantar Toby ke pusat perlindungan haiwan kerana tidak mahu lagi memeliharanya. Tetapi Toby yang masih berharap, melarikan diri dan mencari jalan pulang. Malangnya, kepulangan itu tidak membawa kebahagiaan. Keluarga berkenaan membawa Toby ke klinik veterinar dan meminta agar dia disuntik mati.

Bagaimanapun, nasib Toby berubah apabila kakitangan dari SPCA of Wake County campur tangan dan enggan menurut permintaan tersebut. Mereka segera mengambil alih penjagaan Toby dan memberikan rawatan penuh kasih sayang.
Semasa di bawah jagaan SPCA, Toby didapati mengalami jangkitan pernafasan dan turut disahkan positif FIV, sejenis virus yang lemahkan sistem imun kucing. Namun dengan rawatan rapi, kesihatan Toby semakin baik.
- Kumpulan hak asasi haiwan gesa MBS hentikan program serah anjing terbiar
- Tindakan spontan lelaki selamatkan dua kanak-kanak dalam kebakaran raih pujian
- Polis jalankan siasatan dakwaan kanak-kanak 12 tahun diekori sebuah kenderaan
- Dakwaan penerima bakul makanan didaftar sebagai ahli, PKR Pahang dapatkan penjelasan
- Hantaran lelaki minta bakal isteri sediakan bekal sarapan cetus debat netizen

Beberapa minggu kemudian, seorang wanita bernama Michele Puckett dari Raleigh, North Carolina, terpikat dengan Toby dan mengambil keputusan untuk menjadikannya sebahagian daripada keluarganya. Sejak itu, Toby akhirnya merasai kasih sayang sebenar yang tidak pernah dia dapat sebelum ini.
Kisah Toby mengingatkan kita bahawa, setiap haiwan layak diberi peluang kedua. Kesetiaan dan keazaman Toby membuka mata ramai bahawa kasih sayang yang ikhlas mampu mengubah hidup seekor haiwan yang pernah dilupakan.








