Kim Kardashian dikritik giat promosi jenama sendiri ketika kebakaran melanda LA | The Reporter

Kim Kardashian dikritik giat promosi jenama sendiri ketika kebakaran melanda LA

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketika ini dilaporkan keadaan kebakaran yang berlaku di Los Angeles semakin memburuk dan lebih 100,000 penduduk telah mengosongkan kediaman masing-masing.

Pun begitu, disebalik insiden yang berlaku, ramai yang mengharapkan keprihatinan khususnya dari ahli politik, selebriti dan juga pempengaruh.

Selebriti terkenal Kim Kardashian dikritik seolah tidak prihatin dengan kejadian tersebut sebaliknya rancak mempromosikan jualan musim sejuk dibawah label jenamanya SKIMS.

Hantaran di Instagram Story itu bagaimanapun telah dipadam.

Seorang penulis, Meredith Lynch mengkritik dengan lantang tindakan Kim yang disifatkan sebagai tidak sensitif apabila ramai yang terjejas dan menjadi mangsa akibat kebakaran itu.

“Los Angeles sedang terbakar, dan Kimberly Noel sibuk memberitahu kita untuk membeli SKIMS.

“Tidak ada ucapan takziah atau doa di Instagramnya, tetapi dia sibuk mempromosikan jualan musim sejuknya. Kim Kardashian, yang mempunyai pengaruh besar di Los Angeles, sepatutnya menggunakan platformnya untuk berkongsi maklumat dan sumber bantuan kepada orang ramai, ” katanya dengan nada marah.

Menurut Lynch, hantaran tersebut dimuat naik ketika kebakaran sudah di luar kawalan, menyebabkan ratusan kehilangan tempat tinggal. Dia turut mempersoalkan pengendali media sosial Kim kerana tidak bertindak mengubah strategi hantaran ketika situasi genting.

Sementara itu, kakaknya, Khloé Kardashian, mengambil langkah berbeza dengan berkongsi maklumat di Instagram untuk membantu. Dia memaklumkan bahawa anggota bomba keletihan dan memerlukan bantuan seperti makanan, Gatorade, dan kopi. Khloé turut menggalakkan orang ramai menderma kepada jirannya yang merancang membeli bekalan untuk disumbangkan kepada balai bomba tempatan.

Dalam pada itu, Lynch turut mengkritik Donald Trump yang dilihat mementingkan diri sendiri semasa krisis ini berlaku dan menyeru orang ramai untuk mencari sumber bantuan sendiri.

Related Posts