Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, kini mengarahkan pasangan yang bercerai dihantar ke kem buruh sebagai hukuman. Perceraian dianggap sebagai tindakan “anti-sosialis,” dan kedua-dua pasangan akan dipenjara sehingga enam bulan selepas perceraian dimuktamadkan.
Seorang penduduk di wilayah Ryanggang mendedahkan kepada laman berita RFA bahawa semua pasangan yang bercerai akan terus dihantar ke kem buruh selepas keputusan mahkamah diumumkan.
“Saya berada di Mahkamah Rakyat Daerah Kimjongsuk… di mana 12 orang menerima keputusan perceraian. Selepas keputusan dibacakan, mereka dihantar terus ke kem buruh,” katanya.
Hukuman semakin ketat
Sebelum ini, hanya pasangan yang memohon perceraian akan dihukum, walaupun mereka mungkin menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Namun, peraturan baharu yang diperkenalkan lebih tegas kerana kedua-dua pasangan, tanpa mengira siapa yang memfailkan perceraian atau alasan mereka, akan dihukum selepas perceraian dimuktamadkan.
Masalah ekonomi punca perceraian meningkat
Kes perceraian di Korea Utara dilaporkan meningkat sejak pandemik COVID-19 melanda pada tahun 2020. Sekatan ketat dan kesukaran ekonomi menyebabkan banyak pasangan menghadapi tekanan kewangan yang membawa kepada perpisahan.
Kerajaan mula mengenakan hukuman terhadap pasangan bercerai untuk menghalang perpisahan rumah tangga. Tahun lalu, kerajaan juga melancarkan kempen khusus untuk menghalang wanita daripada memohon perceraian.
Sumber: The Sun – UK Edition








