Khairul Aming tutup kilang sehari, belanja staf shopping raya, barang dapur + bonus! - The Reporter

Khairul Aming tutup kilang sehari, belanja staf shopping raya, barang dapur + bonus!

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming, baru sebentar tadi memuat naik video beliau membawa semua kakitangannya berbelanja membeli barangan keperluan raya, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menurut Khairul, dua kilangnya dihentikan operasi untuk meraikan 100 kakitangannya itu.

“Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus raya dan juga buka puasa kat hotel.

“Lepas raya nanti, baru kita pergi bercuti pulak,” katanya.

Di ruangan komen, ramai yang bangga, kagum dan memuji Khairul Aming kerana tidak kedekut untuk meraikan para pekerjanya.

“Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi. Tahniah! Semoa terus maju!” kata Dr Halina.

“Boss macam ni, dia nak kaya juta-juta pun aku tak kisah, lagi aku doakan dia kaya raya,” kata Radhi.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!