Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Apa sahaja yang dilakukan oleh pempengaruh Khairul Aming akan menjadi ikutan. Setiap tips dan resepi makanan akan dikongsikan oleh netizen.
Percutian Khairul Aming ke New Zealand pada kali ni juga menjadi tumpuan ramai kerana banyak gambar-gambar dan video di tempat yang menarik dikongsikan.
Selain itu, Khairul Aming juga berkongsikan tips yang diambil dari salah satu perkongsian di media sosial tips isytiharkan barang yang dibawa. Cara berkenaan digunakan untuk mengelakkan barangan yang dibawa tidak dirampas oleh pihak Kastam di sana.
Tips berkenaan juga akan memudahkan segala urusan di lapangan terbang.
“Barang-barang makanan yang dibawa dari Malaysia semua lepas, tak kena rampas. Benda ni sangat membantu.
“Aku ambil gambar dari google, tulis nama produk, brand apa dan bahan-bahan apa dan berapa kuantiti yang dibawa.
“Imigresen dan Kastam sana cukup suka dan ucap terima kasih sebab senangkan urusan,” katanya.
Sumber: Khairul Aming