Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Polis mengesahkan terdapat pergerakan dari hasil pemeriksaan pada beberapa video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang diperoleh dari kenderaan penduduk Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman tersebut untuk menjejaki petunjuk baharu berhubung kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada pergerakan tersebut melibatkan individu atau objek lain.
Sementara itu, polis akan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah penduduk untuk mengesan dan mengumpul lebih banyak bukti yang boleh membantu siasatan.
Pemeriksaan akan dilakukan oleh anggota daripada Unit Forensik dan Jabatan Siasatan Jenayah.
Sumber: Astro Awani, Berita Harian