Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan siasatan kes tembakan yang mengorbankan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka, diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam satu kenyataan, AGC memaklumkan pihaknya telah dirujuk laporan kes berkenaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan insiden tiga lelaki ditembak mati di Melaka.
“Berdasarkan taklimat dan cadangan yang dikemukakan oleh PDRM, Jabatan ini bersetuju dan mengarahkan agar siasatan diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan bunuh,” menurut kenyataan itu.
Baca juga:
- George Galloway tolak perbandingan komuniti Cina di Malaysia dengan Palestin
- Helah tutup nombor plat isi RON95, pesara PR Singapura didenda RM9,000
- ‘Senang cipta keserasian bila bermadu dengan kawan sendiri’
Bagaimanapun, AGC menjelaskan penelitian awal mendapati beberapa tindakan lanjut masih perlu diambil oleh PDRM bagi melengkapkan siasatan sebelum sebarang keputusan muktamad dapat dibuat.
Terdahulu, tiga penjenayah ditembak mati dalam satu operasi polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal selepas seorang daripada mereka didakwa menyerang anggota polis menggunakan parang, namun ahli keluarga menafikan ketiga-tiga suspek bertindak ganas terhadap pihak berkuasa.
Susulan itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan ahli keluarga tiga suspek lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis.








