Tular video pijak Al-Quran, bapa serah anak ke balai dan mohon maaf | The Reporter

Tular video pijak Al-Quran, bapa serah anak ke balai dan mohon maaf

Bapa suspek tampil mohon maaf susulan video pijak Al-Quran tular di media sosial
Video pijak Al-Quran tular mencetuskan kemarahan ramai apabila bapa suspek tampil menyerahkan anaknya ke balai polis dan memohon maaf kepada umat Islam | Gambar tular di media sosial

Seorang bapa tampil menyerahkan anaknya sendiri kepada pihak berkuasa selepas perbuatan pemuda itu memijak Al-Quran mencetuskan kemarahan umat Islam di media sosial.

Tindakan lelaki itu hadir ke balai polis bersama anaknya bukan sekadar untuk membuat laporan, malah sebagai usaha memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Islam atas perbuatan yang dianggap mencetuskan sensitiviti agama.

Difahamkan, beliau bertindak demikian kerana bimbang situasi semakin tidak terkawal selepas identiti anaknya mula tersebar dan menerima kecaman hebat.

Baca juga:

Serah anak demi elak keadaan bertambah buruk

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, penuntut universiti awam berusia 21 tahun itu ditahan awal pagi selepas bapanya sendiri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Menurut beliau, pengadu hadir dengan tujuan memohon maaf kepada umat Islam serta menyerahkan anaknya untuk tindakan undang-undang.

Suspek muat naik gambar dirinya memijak Al-Quran di Threads

“Pengadu menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan anaknya selepas hantaran tersebut mengundang kemarahan orang ramai,” katanya.

Sebelum ini, tular beberapa gambar memaparkan kaki seorang lelaki memijak Al-Quran selain komen menghina Nabi Muhammad SAW yang dipercayai dimuat naik oleh suspek.

Polis minta orang ramai bertenang

Ashari berkata, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga 28 Februari bagi membantu siasatan lanjut.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak sendiri sehingga boleh mengganggu ketenteraman awam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Sumber: Harian Metro

Related Posts