Kes guru duka lara hingga sebabkan perceraian adalah kes terpencil, tidak kritikal - NUTP - The Reporter

Kes guru duka lara hingga sebabkan perceraian adalah kes terpencil, tidak kritikal – NUTP

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Beberapa hari lalu, seorang guru mendakwa rumah tangganya musnah selepas diceraikan suami yang memilih untuk bersama wanita lain.

Pengadu sebelum ini pernah memohon beberapa kali untuk bertukar tempat kerja agar dapat bersama dengan suaminya semula. Namun permohonannya ditolak walaupun sudah mengikuti semua garis panduan yang ditetapkan.

Kini, dia terpaksa meneruskan kehidupan bersama dua anak istimewanya. Pernah sesekali terlintas di fikiran untuk membunuh diri, tetapi niat itu dibatalkan apabila mengenangkan masa depan anak-anak.

Kes terpencil?

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang berpandangan, kes-kes perceraian yang melibatkan guru adalah kes yang jarang berlaku atau terpencil dan tidak mencapai tahap kritikal.

Beliau menyeru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum meluluskan permohonan pertukaran guru. Faktor-faktor ini termasuklah opsyen dan kekosongan di tempat-tempat tertentu.

Selain itu, NUTP juga menggesa KPM untuk melakukan penelitian secara telus dan menyeluruh dalam proses penukaran ini untuk memastikan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk semua pihak yang terlibat.

Menurutnya, KPM telah memulakan inisiatif sejak tahun lalu yang membenarkan guru membuat permohonan pertukaran sepanjang tahun. Ini adalah peningkatan daripada dua kali pertukaran setahun kepada empat kali iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember.

Garis panduan baru ini dikeluarkan untuk menggantikan peraturan lama yang telah dibuat pada tahun 1975. Walau bagaimanapun, pertukaran masih tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di lokasi tertentu

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!