Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Susulan kes Covid-19 menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus melakukan pemantauan.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya menjangkakan trend peningkatan akan terus berlaku terutamanya di perayaan Hari Krismas di hujung tahun dan menjangka keadaan akan terus terkawal tanpa membebankan fasiliti kesihatan.
Ekoran itu, rakyat digalakkan untuk terus mengamalkan pemakaian pelitup muka apabila berada di tempat sesak dan menjaga kebersihan diri.
“…kalau ada gejala, pergi jumpa doktor untuk dapatkan saringan. Kalau positif, mereka diminta mengasingkan diri selama beberapa hari.
“Sekarang SOP masih lima hari. Jika di tempat agak sesak, kita galakkan, bukan mandatori, galakkan pakai pelitup muka. Lainnya, jaga kesihatan diri, amalkan SOP biasa yang kita laksanakan,” katanya.
Sementara itu, media melaporkan, penjualan kit ujian diri Covid-19 kembali meningkat 70-80 peratus susulan berlaku trend peningkatan tersebut. Beberapa farmasi di sekitar ibu kota dikatakan mendapat banyak permintaan.
Sumber: Astro Awani, Harian Metro