Kes amang seksual remaja, PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan | The Reporter

Kes amang seksual remaja, PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan

Sumber Gambar: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan ke atas pendakwah selebriti, PU Azman atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun.

PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias didakwa melakukan perbuatan itu dua tahun lalu.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan PU Azman menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Mengikut pertuduhan, Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun 2022.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

PU Azman turut berdepan dengan sembilan pertuduhan.

Antaranya lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.

Sumber: Berita Harian

Related Posts