Kerja 4 hari setengah: Cuepacs gesa majikan bersedia, Putrajaya perlu teliti terlebih dahulu | The Reporter

Kerja 4 hari setengah: Cuepacs gesa majikan bersedia, Putrajaya perlu teliti terlebih dahulu

kerja 4 hari setengah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Johor dilaporkan sedang mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja bagi sektor awam kepada empat hari setengah seminggu.

Cadangan tersebut berikutan pelaksanaan cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad yang akan bermula pada 1 Januari tahun depan.

Mengulas mengenai cadangan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr Adnan Mat berkata, pengurangan waktu bekerja ini merupakan langkah positif untuk meningkatkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan pekerja.

Beliau menjelaskan, pengurangan waktu bekerja tidak akan menjejaskan produktiviti kerana langkah penyelarasan dan pendigitalan perkhidmatan akan membantu memastikan kualiti perkhidmatan terus terjamin.

Langkah tersebut juga selaras dengan agenda pendigitalan kerajaan serta usaha memperkukuhkan perkhidmatan awam melalui aspirasi Malaysia Madani.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan Kerajaan Persekutuan perlu meneliti cadangan itu dengan lebih mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

Setakat ini, Kerajaan Persekutuan belum mempunyai sebarang perancangan untuk melaksanakan waktu bekerja empat hari setengah di peringkat nasional. Tambahan pula, pihaknya perlu mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai implikasi dasar tersebut sebelum membuat sebarang pertimbangan lanjut.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Related Posts