Keretapi Sarong disambut meriah, bukti rakyat Malaysia masih kekalkan keharmonian, rai perpaduan & ketepikan perbezaan - The Reporter

Keretapi Sarong disambut meriah, bukti rakyat Malaysia masih kekalkan keharmonian, rai perpaduan & ketepikan perbezaan

Program Keretapi Sarong merupakan program “flash mob” yang mengumpulkan orang ramai bersama-sama meraikan Hari Malaysia dengan menggunakan rangkaian perkhidmatan kereta api awam seperti Prasarana, MRT, KTM, ERL serta MAB dan melalui satu set laluan terpilih sambil mengenakan pakaian Sarong.

Pemilihan Sarong sebagai tema kempen kerana budaya pemakaian kain sarung merupakan warisan budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Antara pengisian program adalah:

  • Seni@Train
  • Peragaan Busana / Fesyen sarong
  • Pertandingan (Best Dress, Best Photo, Best Video)
  • Pameran dan Demonstrasi
  • Jualan Produk/ Food Truck
  • Persembahan kesenian
  • Joget Lambak / nyanyian beramai-ramai / berbalas pantun (sewaktu berjalan kaki ke lokasi terakhir)

Program ini juga bukan sahaja meriah disambut di kawasan Lembah Klang, malahan di sekitar Ipoh, Johor Bharu dan lain-lain tempat turut dirakamkan kemeriahan tersebut.

https://www.tiktok.com/@hazwanhfiz/video/7279330738766351624?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7275542551401678338

Laluan terpilih untuk Keretapi Sarong pada tahun ini adalah di Dataran Merdeka. Dicatatkan lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum menyertai program ini.

Suasana meriah yang diraikan membuktikan bahawa rakyat Malaysia amat bersatu padu tanpa mengira kaum dan bangsa. Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia sangat meraikan perpaduan.

Di media sosial,kemeriahan dirakamkan dengan pelbagai gaya penampilan orang ramai yang bersemangat meraikan program ini.

Walaupun tarikh 16 September turut dipilih oleh sesetengah pihak untuk mengadakan perhimpunan secara aman, tetapi dek kerana lebih mementingkan semangat perpaduan, ramai yang memilih program Keretapi Sarong sebagai haluan sempena menyambut Hari Malaysia.

Semoga semangat perpaduan yang ditonjolkan akan kekal selama-lamanya.

Sumber: Berita Harian, TikTok, Twitter, JKKN

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!