Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kerajaan Malaysia masih menanggung kos subsidi diesel sekitar RM7 bilion di Semenanjung Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan yang diambil oleh pihaknya pada ketika ini adalah bertujuan untuk menguruskan subsidi dengan lebih efisien, mengelakkan kebocoran dan memastikan ia sampai kepada golongan yang berhak.
Dalam usaha untuk mengurangkan pembaziran subsidi, kerajaan telah melancarkan Ops Tiris sejak 1 Mac dengan tujuan memerangi penyelewengan minyak diesel bersubsidi.
Operasi tersebut telah berjaya merampas 6,441,118 liter minyak diesel bernilai RM14,208,824 hingga 31 Disember tahun lalu. Ops Tiris 3.0 yang dilaksanakan kemudiannya meluaskan skop kepada barang-barang kawalan lain dan telah merampas barangan bernilai RM12,956,089.96 hingga 14 Jun.
Perdana Menteri menekankan, kerajaan komited dalam menangani isu penyeludupan diesel dan berusaha untuk menyeimbangkan bekalan serta kos sara hidup rakyat.
Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)








