Kerajaan setuju beri KGT Tambahan Khas (RM100) & Bantuan Khas Kewangan (RM700) kepada 1.3 juta penjawat awam - The Reporter

Kerajaan setuju beri KGT Tambahan Khas (RM100) & Bantuan Khas Kewangan (RM700) kepada 1.3 juta penjawat awam

Kerajaan bersetuju memberi Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada penjawat awam dari Gred 11 hingga 56. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu juga kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam dari gred 56 ke bawah dan RM350 kepada sejuta pesara kerajaan. 

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya dalam pembentangan Bajet Mini, semalam. 

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menerima baik keputusan kerajaan meneruskan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan Bantuan Khas Kewangan (BKK) itu. 

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, keputusan tersebut membuktikan kerajaan prihatin terhadap penjawat awam dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat dan pentadbiran negara. 

Dalam masa yang sama, Adnan berpendapat ada banyak lagi inisiatif dan penambahbaikan skim perkhidmatan penjawat awam yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan, termasuk menetapkan gaji minimum RM1,800 sebulan. 

“…sistem saraan perkhidmatan awam sudah ketinggalan dan tidak sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa.

“…sudah tiba masanya untuk kerajaan menetapkan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan berbanding RM1,200 sebulan ketika ini,” katanya. 

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!