Kerajaan Perpaduan diberikan markah D oleh Bersih | The Reporter

Kerajaan Perpaduan diberikan markah D oleh Bersih

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan Perpaduan telah diberikan gred D iaitu 45.8 peratus oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana dikatakan wujud jurang signifikan dari aspek kemajuan, progres serta tindakan ke arah pelaksanaan reformasi sepanjang dua tahun mentadbir negara.

Pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, mereka ingin menekankan manifesto pilihan raya terdahulu tetap terikat walaupun ada gabungan parti lain.

Katanya juga, gabungan berkenaan sepatutnya memberikan kelebihan dalam memenuhi semua agenda reformasi.

“Dalam 70 peratus skala pemarkahan akauntabiliti manifesto merangkumi Reformasi Pilihan Raya, status dua daripada tujuh masih dalam progres, manakala selebihnya tidak dilaksanakan.

“Bahagian Reformasi Institusi, lima dari 18 berjaya dilaksanakan, tujuh dalam proses dan lain-lain tidak dipenuhi. Hak Kebebasan Sivil pula tiga sudah dibuat, dua dalam proses serta tiga tidak terlaksana,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan penanda aras perbandingan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa Perdana Menteri sebelumnya. Anwar dikatakan hanya mencapai skor 18 daripada 30 peritus.

“Berkenaan penanda aras perbandingan dengan beberapa perdana menteri sebelumnya pula, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya capai skor 18 dari 30 peratus,” katanya.

Beliau turut berpandangan kerajaan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan semua reformasi memandangkan sudah melepasi pertengahan penggal lima tahun, malah tiada perubahan besar dibuat.

Muhammad Faisal berpandangan, kerajaan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan kesemua reformasi.

“Justeru, Bersih ingin mengemukakan 12 cadangan kepada kerajaan menjelang pilihan raya umum ke-16 (PRU16) antaranya perkenalkan 10 tahun had masa buat perdana menteri, Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA), Akta Pendanaan Politik, pisahkan bidang kuasa peguam negara dengan pendakwa raya dan lain-lain.

“Sekarang masa untuk memperkasa demokrasi dan melaksanakan reformasi institusi pilihan raya yang teguh sambil melindungi hak kebebasan sivil.

“Demi mencapai matlamat ini, kami akan terus bekerjasama dan terlibat secara konstruktif dalam memberikan tekanan kepada kerajaan, pembangkang, Parlimen serta pihak berkepentingan untuk menyokong agenda reformasi,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts