Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
KUALA LUMPUR – Viral di media sosial video seorang wanita yang juga merupakan wedding planner ‘diserang’ beberapa individu yang mendakwa mereka telah ditipu oleh wanita berkenaan sehingga mengalami kerugian ribuan ringgit.
Laporan polis yang dibuat Zainul pada 27 Ogos menyatakan, dia telah berurusan dengan Zurin untuk majlis perkahwinannya sejak 3 Julai 2017 untuk urusan pakej jemputan 1,000 pax bersama hidangan pengantin, dua unit meja VIP, 6 unit khemah full set, hiasan meja makan berabad 8 pax, pelamin 20 x 10, walkway red carpet bersama pintu gerbang, sepasung baju butik bersama aksesori, 1 kali make up pengantin, photographer 1 hari majlis (sticky album bersanding dan outdoor) dan P.A system dengan harga RM10,700.00.
“Saya telah membuat bayaran booking sebanyak RM4,000 dengan dua kali pembayaran. Bayaran pertama sebanyak RM1,000 dan kali kedua sebanyak RM3,000 secara online.
“27 Ogos, hari majlis perkahwinan berlangsung, tiada sebarang respon dari pihak katering bila saya cuba menghubungi mereka menyebabkan saya terpaksa mencari insiatif lain untuk menjamu tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan saya. Disebabkan itu, saya terpaksa mengeluarkan kos tambahan sebanyak RM6,000.




















