Kenaikan kadar sewa tapak bazar Ramadan, punca kos operasi peniaga meningkat - PMX | The Reporter

Kenaikan kadar sewa tapak bazar Ramadan, punca kos operasi peniaga meningkat – PMX

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kenaikan kos operasi peniaga bazar Ramadan bukanlah disebabkan oleh perubahan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST), tetapi lebih kepada kenaikan kadar sewa tapak bazar, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, peningkatan kos ini lebih ketara apabila peniaga berurusan melalui ejen, berbanding berurusan secara langsung dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sebahagian tapak majlis perbandaran itu diberikan kepada ejen-ejen, jadi akhirnya penyewa tidak menyewa secara langsung dari majlis perbandaran. Kos meningkat,” kata Anwar.

Beliau juga menambah bahawa Bazar Ramadan tidak ada kena mengena langsung dengan SST.

“Saya akui ada impak kecil kenaikan harga, tetapi saya tidak fikir kerana SST yang menyebabkan tingkat naik,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan kesan kenaikan cukai ini terhadap rakyat. Walaupun beliau mengakui bahawa terdapat kesan sampingan kecil yang perlu dikawal.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts