Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi.
Bagaimanapun, katanya pelarasan itu akan dilaksanakan secara bertahap dengan fasa pertama bermula 1 Disember ini.
“Fasa seterusnya akan bermula 1 Januari 2026 dan kita melaksanakannya secara berfasa kerana kekangan dan mahu mengelakkan inflasi.
“Contohnya, Pembantu Hidupan Liar Gred G11, pendapatan bulanan pada November 2024 adalah RM1,795 dan naik kepada RM2,115 pada Disember 2024 (Fasa 1), kemudian sekali lagi naik kepada RM2,327 pada Januari 2026 (Fasa 2)
“Bagi Jururawat Gred U29, pada November 2024, pendapatan bulanan RM2,457 naik kepada RM2,697 pada bulan seterusnya dan pada Januari 2026 pendapatan bulanan naik kepada RM2,994.74,” katanya.

Dalam ucapannya di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 itu, beliau turut mengumumkan beberapa perkara termasuk Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Disember 2024
Beliau turut menegaskan ganjaran akan diberikan kepada kakitangan awam yang berkhidmat dengan setia, amanah dan cemerlang.
Sementara itu, penjawat awam berterima kasih dengan Perdana Menteri diatas inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan. Dalam masa sama, ramai yang mengharapkan kualiti pekerja dapat dipertingkatkan.


Namun begitu, apabila diumumkan pelarasan tersebut dibuat secara berperingkat dan bersyarat ada yang sedikit mengeluh memikirkan kenyataan tersebut.

Sumber: Bernama, Berita Harian