Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kematian ketua politik pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh mengejutkan ramai pihak.
Kunjungan beliau ke sana bagi menghadiri ucapan angkat sumpah jawatan Presiden Iran baharu, Masoud Pezeshkian berakhir dengan kematian.
Hamas dalam satu laporan menyatakan serangan tersebut didalangi oleh Israel.
Kematian Haniyeh itu juga menimbulkan pelbagai persoalan. Namun, Menteri warisan Israel, dalam satu hantaran di jaringan X menyatakan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, “menjadikan dunia lebih baik”.

“Dan aku tidak akan kembali hingga semuanya selesai. Inilah cara yang betul untuk membersihkan dunia daripada kekotoran ini.
“Tidak lagi persetujuan ‘damai’/penyerahan yang direka, tidak lagi belas kasihan terhadap mereka yang hidup dalam kematian ini.
“Tangan besi yang memukul mereka, adalah yang akan membawa ketenangan dan sedikit penghiburan serta menguatkan kemampuan kita untuk hidup dalam keamanan dengan mereka yang ingin damai.
“Kematian al-Haniyeh menjadikan dunia sedikit lebih baik,” tulisnya.
Tulisan Menteri Israel berkenaan telah mengundang perasan marah masyarakat dunia.
Sumber: Amichai Eliyahu