Polis sahkan aplikasi navigasi punca bas sangkut bawah palang | The Reporter

Polis sahkan aplikasi navigasi punca bas sangkut bawah palang

Bas ekspres remuk selepas merempuh palang had ketinggian di Bangi
Bahagian atas bas ekspres pecah teruk selepas tersekat di bawah palang had ketinggian di Bangi malam kejadian. | Kredit gambar: Lya Liana

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Punca kemalangan bas ekspres yang merempuh palang had ketinggian di Jalan Mutiara, Bandar Putra Mahkota, Bangi malam kelmarin akhirnya terjawab apabila polis memaklumkan pemandu bas bergantung kepada aplikasi navigasi ketika melalui laluan itu.

Berita berkaitan: Bas ekspres rempuh palang ketinggian di Bangi, tujuh cedera ringan

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pemandu berusia 62 tahun itu tidak menyedari kewujudan palang had ketinggian di laluan berkenaan sehingga menyebabkan bahagian hadapan dan atas bas pecah teruk selepas tersekat di bawah palang besi.

Aplikasi navigasi jadi faktor utama

Baca juga:

“Siasatan mendapati pemandu menggunakan aplikasi navigasi bagi menentukan laluan. Akibatnya, dia gagal mengesan papan tanda amaran dan palang had ketinggian di lokasi kejadian,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Bas berkenaan membawa 21 penumpang terdiri daripada 19 dewasa dan tiga kanak-kanak dalam perjalanan dari Kuantan ke Negeri Sembilan serta Melaka.

Keadaan bas selepas kejadian | Kredit gambar: Lya Liana
Siasatan polis mendapati kejadian berpunca dari penggunaan aplikasi navigasi | Kredit gambar: Lya Liana
Tujuh penumpang termasuk pemandu bas mengalami kecederaan | Kredit gambar: Lya Liana

Tujuh cedera, siasatan diteruskan

Dalam kejadian kira-kira jam 11.25 malam itu, tujuh individu termasuk pemandu cedera. Empat daripada mereka dirawat di Hospital Serdang manakala tiga lagi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Narolhisyam Endi di talian 012-5897115 bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

Related Posts