Kedatangan Pelancong China ke Malaysia cecah 3.7 juta pada 2024 | The Reporter

Kedatangan Pelancong China ke Malaysia cecah 3.7 juta pada 2024

Kedatangan pelancong China ke Malaysia cecah 3.7 juta pada 2024.
Kedatangan pelancong China ke Malaysia melonjak pada 2024, dibantu penerbangan baharu Xi’an-Kuala Lumpur.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Malaysia mencatatkan kedatangan 3,725,894 pelancong dari China sepanjang tahun 2024, meningkat 130.9% berbanding tahun sebelumnya. Pertambahan ini didorong oleh polisi bebas visa untuk pelancong China yang dilanjutkan sehingga Disember 2026, sekaligus memudahkan perjalanan dan menarik lebih ramai pelancong dari negara itu.

Selain itu, pertambahan sambungan udara turut menyumbang kepada peningkatan ini. China Eastern Airlines baru-baru ini memperkenalkan laluan penerbangan baharu dari Xi’an ke Kuala Lumpur, menjadikan ia penerbangan harian menggunakan pesawat A320 dengan kapasiti 156 tempat duduk. Laluan ini melengkapkan perkhidmatan sedia ada dari Kunming ke Kuala Lumpur, sekaligus meningkatkan akses pelancong dari China ke Malaysia.

Sebelum ini, laluan Xi’an-Kuala Lumpur hanya disediakan oleh Loong Air dan Air Asia. Dengan kehadiran China Eastern Airlines, persaingan sihat dalam sektor penerbangan dijangka memberi lebih banyak pilihan kepada pelancong serta memperkukuh sambungan udara antara dua negara.

Ketibaan penerbangan sulung China Eastern Airlines ini disambut meriah oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy, bersama wakil-wakil dari Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Tourism Malaysia, dan AeroDarat selaku rakan pengendali darat.

Menurut Datuk Manoharan, “Pembukaan laluan baru ini adalah satu pencapaian penting dalam mengukuhkan hubungan pelancongan dan budaya antara Malaysia dan China.”

Polisi bebas visa yang dilanjutkan sehingga Disember 2026 dijangka terus menyokong pertumbuhan ini. Dengan pertambahan laluan penerbangan antarabangsa serta promosi pelancongan yang giat dijalankan, Malaysia bersedia menyambut lebih ramai pelancong dari China pada tahun-tahun akan datang.

Peningkatan ini menunjukkan potensi besar dalam mengukuhkan hubungan ekonomi dan budaya antara Malaysia dan China, sekaligus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di Asia Tenggara.

Sumber: Motac

Related Posts