Kebajikan tiga gajah dihantar ke Tennoji Zoo dipantau rapi | The Reporter

Kebajikan tiga gajah dihantar ke Tennoji Zoo dipantau rapi

Tiga ekor gajah yang dibawa ke Zoo Tennoji Jepun.
Tangakap layar tular salah seekor gajah yang dibawa ke Zoo Teenoji.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan negeri Perak memberi jaminan bahawa kebajikan tiga ekor gajah, Dara, Amoi, dan Kelat, yang dihantar dari Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) ke Tennoji Zoo, Jepun, akan dipantau rapi bagi memastikan haiwan berkenaan sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching, menjelaskan bahawa penghantaran gajah ini merupakan hasil kerjasama yang dibincangkan sejak 2022. Minat Tennoji Zoo untuk mendapatkan gajah dari Malaysia telah diselaraskan melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama pihak pengurusan ZTNS.

“Beberapa siri perbincangan termasuk lawatan Perhilitan ke Osaka telah dijalankan untuk menilai kemudahan di zoo berkenaan dan memastikan ia bersesuaian. MoU (perjanjian persefahaman) juga telah ditandatangani sebelum ini, membawa kepada penghantaran tiga gajah tersebut,” kata Sandrea.

Baca juga:
@my_littleangel0609

SAAT² AKHIR DARA AMOI DAN KELAT BERADA DI TANAH YANG SELAMA INI MENJADI RUMAH MEREKA… MEREKA AKAN PERGI JAUH MENINGGALKAN KUALA GANDAH…TEMPAT YANG PENUH KENANGAN…DAN MAHUT YANG SELAMA INI MENJAGA MEREKA DENGAN PENUH KASIH SAYANG… SEMOGA DARA AMOI DAN KELAT SELALU DI LINDUNGI DAN DI SAYANGI DI RUMAH BARU NANTI… TERIMA KASIH 🙏 KEPADA PEMILIK VIDEO INI…DAN WAKTU VIDEO INI DISIARKAN ADALAH PADA ENAM JAM YANG LALU… #dara #amoi #kelat #gajah #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Mencintai Tanpa Harus Memiliki – OMAN BCR

Menurut beliau, wakil ZTNS dijangka membuat lawatan ke Tennoji Zoo sekitar April depan untuk memeriksa keadaan gajah dan menandatangani MoU susulan bagi memperkukuh kerjasama dua hala. Kerjasama ini juga melibatkan pertukaran haiwan, di mana ZTNS dijangka menerima haiwan daripada Tennoji Zoo selepas penghantaran gajah.

Sandrea menegaskan bahawa ZTNS bersama Perhilitan sentiasa menekankan aspek kebajikan haiwan sepanjang kerjasama ini.

@my_littleangel0609

‘DARA’…SEEKOR GAJAH DARI PUSAT PERLINDUNGAN GAJAH KUALA GANDAH AKAN DI TERBANG KAN KE JEPUN PADA 10/3/2026 NANTI… ‘DARA’ AKAN DIHANTAR KE JEPUN BERSAMA DUA EKOR GAJAH LAIN BERNAMA ‘AMOI’ DAN ‘KELAT’… JELAS NAMPAK KESEDIHAN DARA YANG AKAN MENINGGALKAN PENJAGANYA DUA HARI LAGI 😭😭😭😭😭😭😭 SEMOGA ‘DARA’ DIJAGA DENGAN BAIK SERTA DISAYANGI DISANA NANTI… #gajah #dara #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

Terdahulu, tular di platform Threads apabila ramai netizen membantah penghantaran ketiga-tiga gajah tersebut ke Jepun. Petisyen dalam talian turut dikemukakan sebagai tanda protes dan sehingga kini lebih 28,000 orang menyokong petisyen berkenaan, menunjukkan kebimbangan mereka terhadap kebajikan mamalia ini.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts