Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Telatah beliau ketika kecil sangat menghiburkan ramai. Kepetahannya yang boleh menguasai beberapa bahasa termasuk dialek Kelantan menarik perhatian ramai.
Bagaimanapun, peminat beliau dikejutkan dengan berita sedih apabila dimaklumkan oleh ibunya menerusi hantaran di Instagram The Family UK memaklumkan keadaan kesihatannya yang semakin merosot.
Walaupun pendarahan yang dialami oleh Fatimah Omar Mukhlis telah berhenti sepenuhnya, namun kesihatannya dikatakan semakin merosot. Fatimah juga dilaporkan akan menjalani biopsi.

“Pendarahan Fatimah berhenti sejak Jumaat lalu namun keadaan kesihatannya merosot.
“Hari ini dia diintubasi untuk menjalani biopsi.
“Kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi untuk terus mendoakan kesayangan kami, Fatimah Omar Mukhlis.
“Semoga Allah permudahkan urusan biopsi Fatimah tanpa sebarang komplikasi. Semoga berkat doa ramai, ALLAH kurniakan keajaiban buat Fatimah,” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut juga mereka turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan serta bertanya khabar keadaan Fatimah.
“Semoga segala jasa baik anda semua dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah S.W.T,” katanya.
Sumber: The Family UK








