KDN rampas jam tangan Swatch bertemakan pelangi yang dikaitkan dengan LGBTQIA+ | The Reporter

KDN rampas jam tangan Swatch bertemakan pelangi yang dikaitkan dengan LGBTQIA+

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


13 dan 14 Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu beberapa butik jam tangan jenama Swatch yang didakwa menjual koleksi jam tangan bertemakan warna pelangi yang dikaitkan dengan komuniti LGBTQIA+.

Difahamkan, KDN bertindak sedemikian selepas mengesan satu hantaran di media sosial yang mengaitkan koleksi jam tangan itu dengan sokongan kumpulan Coldplay terhadap komuniti tersebut.

Sebanyak 11 butik Swatch di pusat beli-belah Pavilion, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.

Lima lagi butik di KTCC Terengganu, Aeon Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching dilaporkan telah diberikan amaran.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek Jr mengakui terkejut dan kecewa dengan rampasan yang dilakukan oleh KDN.

“…Kami tertanya-tanya adakah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN akan ‘merampas’ pelangi-pelangi yang muncul secara semula jadi setiap kali selepas hujan di langit Malaysia.

Jelas Nick, sejak dari dulu lagi Swatch menghasilkan jam tangan dengan kepelbagaian warna dan rekaan bagi tujuan meraikan kepelbagaian individu daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pada ketika ini, Swatch Group dilaporkan sedang memohon kepada pihak berkuasa agar jam-jam tangan yang dirampas itu dapat dipulangkan semula kepada pihaknya.

Sumber: The Edge, MalaysiaKini

Related Posts