Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Susulan isu kontroversi melibatkan pempengaruh dikenali sebagai CEO Batu, Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak individu tersebut sebagai duta rasmi kelab.
Menerusi satu kenyataan rasmi, pihak KDA FC menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku, terutamanya yang melibatkan undang-undang.
“KDA FC telah mengambil maklum berkenaan isu salah seorang duta rasmi KDA FC.
Pihak KDA FC tidak berkompromi dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk salah laku dari segi undang-undang.
Oleh yang demikian, pihak KDA FC menamatkan kontrak CEO Batu serta-merta,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Terdahulu, tular dakwaan bahawa pempengaruh berkenaan telah menghantar mesej berunsur tidak senonoh kepada seorang remaja bawah umur.
Pendedahan itu dibuat oleh ibu kepada remaja tersebut menerusi personaliti media sosial dan penyanyi, Caprice. Caprice kemudiannya memuat naik tangkap layar mesej perbualan antara CEO Batu dan remaja berkenaan ke media sosial.
Pada Khamis lalu, individu terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut.








