'Kaunter minta maaf dibuka, sertakan nama penuh untuk saya ampunkan dosa' - Opai kesal difitnah - The Reporter

‘Kaunter minta maaf dibuka, sertakan nama penuh untuk saya ampunkan dosa’ – Opai kesal difitnah

Opai atau Aliff Awang buka kaunter minta maaf selepas rakannya tampil jelaskan hal sebenar mengenai pemilikan kereta McLaren

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Opai atau Aliff Awang kelmarin telah menjelaskan dia tidak dihubungi mahupun dipanggil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung tindakan mempamerkan nombor plat fancy di kereta McLaren miliknya.

Kekecohan itu turut mengundang rakannya, Hafiz Wasa, untuk tampil menjelaskan perkara sebenar di mana kereta itu sebenarnya adalah miliknya.

“Ya, saya pemilik kenderaan itu tetapi Opai dah beli kereta itu daripada saya pada November lalu. Cuma kami belum lakukan penukaran pindah milik lagi sebab dia agak sibuk dengan urusan perkahwinan, umrah dan sedikit pembedahan.

“Semuanya masih dalam proses tapi bayaran dia dah selesaikan. Jadi itu memang kereta dia pun,” katanya memetik laporan daripada mStar Online semalam.

Sementara itu, Opai mengkritik tindakan media tempatan yang memburukkan namanya hanya kerana dia tidak memberi kerjasama untuk membuat liputan tentang perkahwinannya sebelum ini.

“Journalisme di Malaysia ini semakin tenat. Mereka buat headline untuk memecahkan, membenci dan menimbulkan kemarahan pengguna media sosial.

“Mereka hancurkan banyak rumah tangga, perniagaan, mengeksploit insan-insan yang tidak bersalah bagai. Media adalah virus kepada masyarakat kata,” katanya.

Dalam masa yang sama, Opai turut membuka ‘kaunter minta maaf’ dan meminta orang yang mengecam, memfitnah dan mencacinya selama ini untuk sertakan nama penuh dan nombor kad pengenalan di kaunter sekiranya mahu diampunkan.

Sumber: mStar Online, Instagram Opai

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!