'Kaulah manusia paling jahat' - Nabila Huda luah rasa marahnya di X, netizen tertanya-tanya apa puncanya - The Reporter

‘Kaulah manusia paling jahat’ – Nabila Huda luah rasa marahnya di X, netizen tertanya-tanya apa puncanya

Sumber gambar: Instagram Nabila Huda

Pelakon Nabila Huda, telah menzahirkan rasa marahnya di sebuah platform X (ex-Twitter), namun tidak mendedahkan siapa individu yang dimaksudkan itu. Walaupun begitu, pengikutnya seakan-akan mengetahui siapa individu yang dimaksudkan.

Berdasarkan luahan itu, Nabila menuduh individu tersebut sebagai punca perpecahan orang ramai. Individu berkenaan turut merekayasa cerita untuk membuatkan dirinya kelihatan sebagai mangsa.

Tegas Nabila, dia tahu apa yang dilakukan oleh individu itu di belakang dan memintanya berhenti daripada terus berbuat demikian.

“Kau ingat kau siapa s##l?! Just because kau rasa kau dah berstatus, kau boleh buat orang macam barua kau ke? Mak bapak kau tak ajar ke adab? Kau tak sedar ke kau sebenarnya bodoh tapi buat-buat pandai? Tolonglah jangan lupa asal usul. Ini lagi sekali aku ingatkan.

“One day, aku akan reveal semua kejahatan kau. Ingat eh betina, semua orang tak bodoh. Semua layankan je ni perangai kau. Ingat, kesabaran ada limitnya! Kau dah jauh sangat ni, kembalilah”.

Bagi Nabila, individu tersebut adalah manusia paling jahat yang pernah ditemui dalam hidupnya.

“Kaulah manusia paling jahat yang pernah aku jumpa dalam hidup. Paling-paling jahat. Serious. This one janganlah main-main, ini jenis manusia yang dahagakan limelight. Nak rasa dihargai, nak tunjuk buat kerja bersungguh-sungguh but very sneaky, ada personal interest.

“Kau adalah manusia yang bijak mempergunakan orang tapi bodoh juga sebab tak sedar orang keliling sebenarnya tahu apa kau buat kat belakang. Pastu kau mandikan orang dengan kesenangan (bukan duit sendiri pun), pastu kau mengungkit sebab effort kau tak dihargai. End up kaulah mangsa.”

Nabila meminta maaf kerana dia merasa ingin mencarut hari ini kerana kehilangan kesabaran. Dia berharap bahawa individu tersebut akan mendapat sedikit keinsafan.

“Sorry eh, memang hari ni rasa nak maki je sebab hilang kesabaran. Ini adalah a friendly reminder untuk si fulan sebab saya tahu bloggers will pick up this stories. Dalam masa sama, saya hanya berdoa ada ada sikit keinsafan pada diri beliau.

“Bila manusia terlalu dahagakan kuasa dan duit, mulalah buruk perangai. Dah mula tak menghormati orang, lupa diri, busuk hati. Tapi tak juga, dia ini memang dilahirkan hitam hatinya! Memang dilahirkan jahat! Jiwa dia penuh hasad dengki dan cemburu!”

Sumber: X Nabila Huda

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!