‘Kau weng sana sini, menganjing depan balai polis, homestay, masuk kampung’ - Penganjur nafi roadblock RXZ Members 5.0 ada kaitan dengan isu politik, sebaliknya sikap peserta - The Reporter

‘Kau weng sana sini, menganjing depan balai polis, homestay, masuk kampung’ – Penganjur nafi roadblock RXZ Members 5.0 ada kaitan dengan isu politik, sebaliknya sikap peserta

Gambar hiasan | Foto : Berita Harian

Walaupun sudah beberapa hari berlalu penganjuran himpunan RXZ members 5.0, isu ini masih lagi hangat diperkatakan. Baru-baru ini juga penganjur seolah memberikan bayangan penganjuran yang bermula edisi pertama pada 2017 itu mungkin yang terakhir pada tahun ini.

Setelah timbul banyak spekulasi mengenai operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa, banyak pihak menyalahkan pihak kerajaan seolah-olah sengaja mensabotaj program tersebut dan mengaitkan hal itu dengan isu politik.

Bagaimanapun melalui satu rakaman sesi live di TikTok, pihak penganjur menafikan sekeras-kerasnya kejadian itu berkait dengan isu politik. Sebaliknya sikap peserta itu sendiri yang mengundang perhatian pihak berkuasa selepas menerima aduan dari orang awam.

“Puncanya memang 1-30 September memang ada operasi. Masa malam kejadian itu, ada yang pergi ‘weng’ depan balai, homestay, masuk kampung. Benda tu ada orang report. Agak-agak la nak ‘weng’ depan balai dalam bandar Kuala Terengganu,” katanya.

Selain itu, pihak penganjur juga menjelaskan bahawa jemputan juga ada dihantar kepada Perdana Menteri, seperti yang dilakukan tahun sebelumnya. Namun Perdana Menteri tidak dapat menghadirkan diri kerana urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor.

“Roadblock ini sebenarnya tak ada kaitan pun. Asalnya sebab ada yang buat report.

“Pihak kerajaan negeri pun support, penganjur pun dah jumpa pihak berkuasa dan pesan supaya ikut arahan dan peraturan jalan raya. Tapi bila kau dah sampai, kau menganjing,” katanya.

Pihak penganjur sekali lagi menegaskan, kejadian tersebut tiada kaitan langsung dengan politik.

“Bagi menjayakan satu event itu, kita kena libatkan pihak kerajaan. Kerajaan pusat tak dapat datang, kerajaan negeri pun dah bagi yang terbaik. Benda ini tak dapat dikawal, bukan salah sesiapa, tapi salah diri sendiri,” ujarnya.

Sumber: HermyR

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!