Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kes kematian melibatkan anaknya membuatkan individu ini terus mendapatkan keadilan. Bayi perempuan yang berusia 15 bulan itu ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian, di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman di Bandar Sri Sendayan, pada 22 Februari 2022.
Bapa kepada mangsa hari ini, sekali lagi menjadi perhatian umum. Bukan kerana kelantangan dia bersuara menuntut keadilan buat anaknya, tetapi dakwaan menyeleweng dana yang disumbangkan oleh orang awam kepada persatuan ditubuhkan dia untuk membela nasib golongan teraniaya.
Mana duit kos guaman RM53,065?

Selain itu, kisah adik Dea Maisarah juga menjadi perhatian persatuan tersebut. Seorang individu berkepentingan dalam Skuad Van Jenazah tampil membongkarkan perkara berkenaan.
“Kutipan kos duit guaman kes adik Dea Maisarah, total yang dapat RM53,065. Semua duit itu orang sumbang direct masuk ke akaun Cimb 8009 17 7652 atas nama Captegis Sdn Bhd.

“Jangan buat main dengan duit sedekah orang yang dah meninggal dunia. Yang aku nak tahu pasal sumbangan kes kematian adik Dea Maisarah.
“Tiga hari aku bagi kau peluang bersemuka dan jelaskan tentang hal ni. Tetapi kau memilih untuk sembunyikan diri dalam office kau kat Wangsa Maju. Kau kena ingat, kes anak syurga ini di bawah tanggungjawab aku dan team Unit Khas Van Jenazah.
“Kau sebat baki duit sumbangan tu ibarat kau declare perang dengan aku,” tulis Wan Chai
‘Duit orang lain pun bayar balik bro’
Selain Wan Chai, seorang lagi peguam turut tampil mendedahkan isu yang sama.
“Ada modus operandi baru ke ? Aku datang nak collect duit legal fees. Tapi nampak ada QR baru ni ######## tukar ####, ######## Sdn Bhd ke? Gebang la.

“Duit orang lain pun bayar balik la bro. Tak payah belit belit, dah berjam aku tunggu depan premis kau ni. Buka entiti baru pun nak buat apa, banyak duit orang dah rembat ni,” tulisnya.
Sementara itu menerusi tinjauan di Facebook mendapati, kali terakhir akaun Facebook peribadi lelaki berkenaan dikemas pada 10 November 2023.
Sumber: Facebook