'Kau jangan main gila dengan aku Pazilah!' - Founder rugi RM400K ditipu staff sejak 2021 | The Reporter

‘Kau jangan main gila dengan aku Pazilah!’ – Founder rugi RM400K ditipu staff sejak 2021

Hancur luluh hati seorang usahawan wanita apabila mendapati salah seorang kakitangan yang paling dipercayai tergamak mengkhianatinya sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian RM400,000.

Dalam video yang tular di media sosial hari ini, mangsa, Puteri Kasim berkata, perkara itu terbongkar selepas suami saspek tampil mempersoalkan sumber kewangan isterinya.

https://www.tiktok.com/@puterikasim/video/7291128648734903560

Jarang masuk pejabat sebab sakit

Menurut Puteri Kasim, dia jarang masuk ke pejabat kerana kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan. Atas dasar kepercayaan yang tinggi, urusan pengoperasian syarikat diamanahkan kepada saspek yang juga merupakan pengurus syarikat.

“Saya lebih percayakan berbanding keluarga sendri. Tetapi di saat saya menghadapi kesusahan dan syarikat hampir ditutup, dia boleh pula berbelanja mewah.

“Benda ini tidak akan terbongkar kalau dia tidak meminta cerai daripada suaminya,” katanya.

https://www.tiktok.com/@puterikasim/video/7291094676612975879

Saspek juga dikatakan berlaku curang dan pernah dicekup oleh suaminya sendiri ketika berdua-duaan dengan lelaki lain di bilik hotel. Pasangan curangnya dipercayai dikenali daripada aplikasi Tinder.

Perubahan sikap si isteri membuatkan lelaki itu mula berasa curiga dan bertanya dengan Puteri Kasim bagaimana isterinya mendapat duit yang banyak. Sedangkan mereka bukannya berasal dari orang berada.

Rentetan daripada hal itu, Puteri Kasim menemui bukti kecurangan saspek dalam telefon bimbit pejabat. Saspek telah menggunakan telefon tersebut untuk berhubung dengan kekasihnya selama ini.

@puterikasim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kau pijak pijak aku pazelah zaini

♬ original sound – Mommy PK – Mommy PK

Tidak mengaku pecah amanah

Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati saspek juga mencuri sebahagian besar hasil keuntungan syarikat yang diperoleh daripada urusniaga di aplikasi TikTok dan Shopee.

Apabila ditanya mengenai perkara itu, saspek tidak mahu mengaku dan menjelaskan dia tidak akan berbuat demikian terhadap Puteri Kasim yang banyak membantunya selama ini.

Sebelum ini pengadu pernah menyuarakan hasrat untuk menutup perniagaannya yang dirasakan tidak menjana keuntungan. Pihak auditor yang dilantik juga pernah mempertikaikan banyak stok yang keluar (jual), tetapi tidak selari dengan keuntungan yang diterima.

Lebih teruk lagi, pengadu hampir berdepan dengan tindakan undang-undang (penjara) kerana tiada mempunyai wang untuk membayar cukai LHDN.

Namun, saspek memujuk untuk tidak berbuat demikian dan meneruskan sahaja perniagaannya. Pengadu ketika itu hanya akur, tanpa mengetahui pujukannya itu mempunyai niat yang tidak baik.

@puterikasim

Jangan main main dgn aku yang cukup sabar..

♬ original sound – Mommy PK – Mommy PK

Saspek shopping barangan mewah tatkala majikannya tiada duit

Dalam situasi yang sukar, Puteri Kasim terpaksa menjual hartanya untuk menampung keperluan diri. Sedangkan saspek pula dengan sewenang-wenangnya bershopping barangan mewah menggunakan wang yang diambil daripada keuntungan syarikat.

Puteri Kasim berkata, dia pernah meminta saspek memasukkan hasil keuntungan jualan di TikTok ke dalam akaun syarikat. Tetapi saspek memaklumkan tindakan itu hanya akan merugikan syarikat kerana LHDN akan mengenakan cukai yang tinggi. Sekali lagi, pengadu akur dengan ‘nasihatnya’ itu.

Selain itu, saspek juga didakwa membuat ‘duit tepi’ dengan menjalankan urusniaga dengan ejen dan pelanggan lain menggunakan stok syarikat. Dan duit keuntungan yang diperoleh akan terus dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Puteri Kasim tidak menyangka, saspek yang dipercayai dan dianggap sebagai adik sendiri serta bekerja dengannya sejak empat tahun lalu dengan gaji RM3,000, tergamak memperlakukannya seperti itu.

Berdasarkan keterangan daripada kakitangan lain, saspek sendiri pernah memaklumkan dirinya mampu membuat simpanan sebanyak RM50,000-RM60,000 setahun. Selain itu, saspek juga pernah berbelanja mewah RM25,000 dalam sebulan.

Ekoran kejadian itu, Puteri Kasim akan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: TikTok Puteri Kasim

Related Posts