'Kau ada hak ke buat live?!' - 2 lelaki kejung selepas ditegur polis - The Reporter

‘Kau ada hak ke buat live?!’ – 2 lelaki kejung selepas ditegur polis

Buat live lokasi kemalangan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tabiat segelintir orang awam yang gemar merakam video di lokasi kemalangan jalan raya semakin mendapat perhatian, terutama apabila ada yang membuat siaran langsung melalui aplikasi media sosial.

Tindakan sebegini dilihat kurang berempati terhadap mangsa serta menimbulkan kebimbangan berhubung kesan negatif terhadap ahli keluarga yang terlibat.

Sedang tular di media sosial, sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal bersama pemboncengnya dimarahi oleh seorang individu yang dipercayai anggota polis.

Kejadian itu berpunca daripada tindakan mereka yang membuat siaran langsung di aplikasi TikTok di kawasan kemalangan, yang telah disaksikan oleh lebih 5,000 pengguna aplikasi tersebut.

Dalam video tersebut, kedengaran anggota berkenaan menegur kedua-dua lelaki itu dengan tegas.

https://twitter.com/update11111/status/1850163485386391656

“Kamu ada hak atau etika sebagai pemberita ke? Tak ada kan? Kalau tak ada hak sebagai pemberita, kamu tak layak buat siaran langsung. Kamu jangan nak meraih simpati kepada orang yang sudah meninggal dunia.

“Apa yang kamu faham tentang etika pemberita? Kamu ada kelayakan sebagai pemberita ke? Apa yang seronok sangat kamu buat siaran langsung ini?” katanya.

Dia turut mengaitkan tindakan mereka dengan fenomena ‘mat rempit’ yang sering membuat siaran langsung pada waktu malam. Namun, dua lelaki terbabit hanya memberikan jawapan ringkas, dipercayai ketakutan selepas disergah anggota berkenaan.

Di media sosial, rata-rata netizen berpuas hati melihat dua lelaki itu ‘diberus’ oleh anggota polis, sekali gus menjadi peringatan kepada orang ramai agar tidak melakukan perbuatan yang sama apabila berada di lokasi kemalangan.

‘Tak hormat sensitiviti orang’

‘Keras kejung member’

‘Terus private akaun’

Total
0
Shares
Total
0
Share