Kasih ibu bapa tiada tolak bandingnya dan kasih sayang seorang abang tidak akan putus hingga ke akhirnya.
Begitu juga kasih seorang abang, Ee Tai Qing pada adiknya Ee Tai Zhi.
Demi memastikan masa depan adiknya, Tai Qing sanggup menghantar adiknya mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok dengan hanya menaiki motosikal dari Melaka.
Tai Qing yang merupakan penjual buah-buahan telah memulakan perjalannya pada Ahad lalu untuk menemani adiknya mendaftar di UUM.
Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed menyantuni ketibaan Tai Qing di Bangunan Canselori.
Menerusi hantaran di Facebook UUM, Thai Zhi akan mengikuti program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti.
Dalam pada itu, dia tidak menduga mendapat pilihan program yang diminati selain berjanji akan memberikan tumpuan penuh dengan pelajaran.