Kantoi merokok, pelajar sekolah pondok dibotak & disiram dengan air cili | The Reporter

Kantoi merokok, pelajar sekolah pondok dibotak & disiram dengan air cili

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Warga Aceh Barat, Indonesia dikejutkan dengan kes penganiayaan yang berlaku di sebuah sekolah pondok. Seorang pelajar berusia 13 tahun dilaporkan disiram dengan air cili oleh isteri ketua institusi tersebut.

Video kejadian itu tersebar di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai yang menganggap hukuman terhadap mangsa tidak wajar

Difahamkan, remaja itu terdahulu ditangap kerana didapati merokok. Dia kemudian dihukum oleh isteri kepada ketua sekolah pondok tersebut dengan simbahan air yang digaul bersama cili. Malah, rambutnya juga dipotong sehingga botak.

Mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan, terus terjun masuk ke dalam kolah untuk berendam. Namun, rasa kesakitan masih tidak berkurang dan mangsa segera berlari pulang ke rumah untuk meminta bantuan keluarganya.

Terkejut melihat keadaan mangsa, keluarganya terus melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Aceh Barat, Inspektor Fachmi Suciandy berkata, bertindak di atas maklumat, pihaknya telah menahan suspek wanita berusia 40 tahun. Suspek mendakwa, pelajar terbabit selalu melanggar peraturan asrama.

Walau bagaimanapun, tindakan suspek menghukum mangsa dengan cara tersebut adalah tidak wajar. Kes masih disiasat dan polis akan memastikan suspek didakwa mengikut undang-undang.

Related Posts