Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita berusia 34 tahun di Musi Banyuasin, Sumatera Selatan, Indonesia telah ditahan kerana menyimbah suaminya, Ali Tamrin, dengan asid sulfurik dan sambal cili, yang menyebabkan mangsa mengalami luka terbakar.
Dalam kejadian yang berlaku di rumah pasangan itu pada jam 12.10 pagi, 21 April lalu, suspek dikatakan gagal mengawal emosi setelah mengetahui Ali berkahwin dengan wanita lain, melalui media sosial.
Suspek mengakui dia ternampak gambar Ali berkahwin dengan wanita lain di Facebook, yang menyebabkan dia merasa dikhianati.
Suspek ang berang kemudian nekad menyimbah asid sulfurik dan sambal cili yang disimpan dalam dua botol bekas minuman mineral ke tubuh Ali berkali-kali.
Ketua Perhubungan Awam Polis, Inspektor Susianto berkata, mangsa mengalami luka terbakar di kedua-dua lengan dan dada hingga perut.
Mangsa tampil membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan, polis mula menjalankan siasatan dan memburu suspek yang hanya berjaya ditahan selepas empat minggu kemudian.
Difahamkan, suspek tampil menyerah diri pada 8 Mei lalu, setelah dipujuk oleh keluarganya untuk bertanggungjawab dengan apa yang telah dilakukan.
Wanita itu kini disahkan sebagai suspek keganasan dalam rumah tangga dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun.
Sumber: Detik