Kanak-kanak sesak nafas selepas makan roti, meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital - The Reporter

Kanak-kanak sesak nafas selepas makan roti, meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital

Ibubapa seharusnya berhati-hati apabila memberi makanan kepada anak kecil. Meskipun dalam kes ini tidak diketahui punca sebenar kematian kanak-kanak perempuan berusia empat tahun selepas diberi makan roti, adalah wajar untuk ibu bapa jadikan sebagai pengajaran. 
25 Mac 2019, jam 5:00 petang, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dikenali sebagai Lim mengalami masalah pernafasan selepas ibunya, Teoh, memberinya makan roti. 
Selain itu, Lim yang menghidap Down Syndrome juga mengalami demam panas lalu dibawa berjumpa dengan doktor dan diberi ubat. Namun demamnya masih belum kebah dan suhu badannya juga tidak menentu. 
“Dia tak habiskan susunya, jadi saya pun berikan roti untuk dimakan. Tetapi dia tiba-tiba menangis dan menjerit selepas menjamah roti itu sedikit. 
“Saya perasan dia mengalami masalah untuk bernafas, lalu saya menghubungi ayah saya,” kata Teoh. 
Ibu Teoh yang baru saja pulang ke rumah selepas mengambil cucu lelakinya berusia enam tahun, ternampak keadaan mangsa yang kritikal lalu segera mengejarkannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, 
“Ketika kami sampai di persimpangan lampu isyarat di depan hospital, cucu menggenggam tangan saya dan kemudian dia berhenti bernafas.
“Doktor cuba menyelamatkannya, tetapi dia sudah meninggal dunia,” kata nenek mangsa. 
Menurut laporan Sin Chew, Teoh menyalahkan dirinya di atas kematian anaknya itu dan berkata jika dia tidak memberi Lim makan roti, anak kecil itu mungkin tidak akan menjadi seperti itu. 
Mayat mangsa akan dibedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematiannya. 
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!