Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 pangsapuri Blok 12 E3, Presint 9, Putrajaya.
Mangsa dilaporkan jatuh dari tingkap bilik utama kediamannya.
Dalam kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan ketika kejadian mangsa ditinggalkan bersendirian kerana bapanya keluar menghantar anak sulung ke sekolah, manakala ibu keluar bekerja.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur utama.
“Rutin harian kebiasaan mangsa akan tinggal sendirian sementara masih tidur sebelum dihantar ke taska terletak di blok bawah apartmen terbabit,” katanya.
Beliau berkata, bapa mangsa bertugas sebagai penolong akauntan di sebuah kementerian di Putrajaya, manakala ibunya bekerja sebagai guru tadika.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat.
Sumber: Sinar Harian








